Norhayati Berahim
NORHAYATI BERAHIM dilahirkan pada 26hb Mac 1966 dalam keluarga yang cukup sederhana di Bukit Katil, Melaka. Mempunyai lapan adik-beradik dari dua ibu yang berlainan. Hubungan adik-beradiknya amat akrab. Terlalu banyak pengalaman yang dikutip sewaktu kecil. Ketika berusia tujuh tahun beliau sudah berjalan kaki pergi balik sejauh lima batu menoreh getah. Namun, kesusahan mengajarnya lebih berdikari. Seorang yang amat gemar belajar. Belajar bukanlah sesuatu yang merugikan. Itu prinsipnya. Belajar baginya bukan sahaja di kolej atau di universiti tetapi juga di jalan, di dalam bas malah di mana-mana sahaja di muka bumi ini. Pepatah ada berkata, dunia ini bagaikan sebuah buku; sesiapa yang tidak mengembara ibarat hanya membaca sehelai muka surat sahaja. Sebab itulah beliau minat mengembara bagi menambah lagi pengalaman, melalui perjalanan, merasai kelainan makanan, kelainan cuaca dan paling penting kelainan kebudayaan dan kepercayaan. Sudah terlalu banyak pengalamannya bekerja. Di kilang, di syarikat swasta, di badan kerajaan dan juga di bidang perbankan. Bekerja di bidang perbankan menjadikannya terasing dari dunia penulisan. Material menjadi pokok persoalan setiap hari di tempat kerja. Untuk mengimbanginya beliau perlu mencari jalan keluar. Membaca, memerhati dan menghayati. Maka beliau luahkan melalui penulisan. Menulis hanya untuk kepuasan; itu yang dipegangnya. Syukur kerana beliau percaya rezeki ada di mana-mana. Mesej yang tersirat dapat disampaikan pada pembaca. Tak banyak sedikit jadilah.
Read more...
Iejay Zakaria
IEJAY ZAKARIA adalah nama pena sang empunya diri yang bernama ZAILA ZAKARIA. Dilahirkan sebagai anak ketiga daripada lima beradik pada 12 Mei 1982 di Selangor. Seorang yang agak pendiam tetapi sebenarnya dia adalah seorang gadis yang sangat degil dan juga nakal pada masa-masa tertentu. Selain daripada mengisi masa lapang dengan berangan-angan, sejak daripada kecil lagi beliau amat suka membaca tanpa mengira apa-apa genre (kecuali buku pelajaran...hehehe) dan sanggup menghabiskan duitnya semata-mata untuk membeli buku. Mengambil aliran Sains semasa SPM dan kemudiannya kerana merasakan dia selalu gagal mengira bilangan Mol dalam subjek kimia dan tidak pernah hafal hukum gerakan Newton, beliau telah cuba bertukar arah dengan mengambil Diploma Pengajian Perniagaan sebelum menyambung Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pentadbiran dan Undang-Undang pula di UiTM. Kini beliau sedang berusaha pula membina kerjayanya di sebuah Badan Berkanun sambil cuba-cuba menulis novel di blog. Hakikat sebenarnya ialah Iejay Zakaria tidak pernah menulis sebarang cerita fiksyen semasa di bangku sekolah. Karangan berbentuk penceritaan adalah pilihan karangan yang paling dia tidak gemar sekalipun guru Bahasa Melayunya pernah menggalakkan dia untuk menulis cerita (mungkin gurunya Puan Rokiah Abas sudah dapat mengesan bakatnya itu apabila melihat pada hobinya iaitu membaca novel sekalipun di bawah meja apabila cikgu tengah mengajar di hadapan). Namun mungkin sudah ditakdirkan, pengenalan kepada dunia blog pada awal tahun 2006 telah memberi beliau inspirasi untuk mempunyai blog sendiri dan mengisi sesuatu di situ dengan menaip e-novel.
Read more...
Kusyi Hirdan
Wednesday, 17 February 2010 21:24
Administrator NBKara
Anak kelahiran Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak. Mula menulis cerpen dan puisi diusianya 12 tahun. Dia bermula dengan menyumbang berita pendek, sekadar peristiwa yang berlaku sekitar kampung dan pekannya, ke siaran radio kawasan utara. Kegiatan suka-suka itu akhirnya membuahkan minat yang lebih mendalam. Cerpennya mula tersiar di Majalah Nona, Jelita, Perempuan, Citra, Wanita dan Seri Dewi & Keluarga. Selain aktif menulis novel (untuk kanak-kanak, remaja, dewasa dan sains fiksyen) Kusyi Hirdan, anak ke-9 dari 10 adik beradik ini juga bekerjaya sebagai wartawan. Kini bertugas sebagai penulis penyumbang untuk majalah Jelita. Beliau juga sering memberi ceramah serta kursus tentang dunia penulisan. Kusyi Hirdan tinggal bersama suaminya di Selangor. Sepanjang kerjaya di dunia kewartawanan dan penulisan, Kusyi telah dianugerahi:
Last Updated ( Wednesday, 14 April 2010 23:51 )
Read more...
Anuar Kamaruddin
Wednesday, 14 April 2010 22:54
Administrator NBKara
Jarang seorang lelaki bergelar penulis namun kerana minatnya yang mendalam terhadap dunia penulisan membuatkan beliau cuba menghantar manuskrip kepada pihak NB Kara untuk langkah pertama. Alhamdulilah, karyanya mendapat tempat di hati penerbit untuk dibukukan dan sekaligus menjadi penulis lelaki pertama di bawah label NB Kara. Sewaktu zaman remaja, kebanyakan cerpen-cerpennya disiarkan di dalam majalah-majalah tempatan. Sibuk dengan pelajaran serta pekerjaan menyebabkan beliau tidak lagi menulis dan sekadar mencuri masa yang ada dengan membaca novel-novel penulis tanahair. Membesar dengan penulisan Norhayati Berahim, beliau amat mengagumi ilmiah yang disampaikan penulis senior itu menerusi buku-buku nukilannya. Menerusi blog peribadinya, beliau mulai menulis e-novel dan mempunyai pengaruh pembacanya sendiri. Seorang yang menitikberatkan elemen kekeluargaan dan kerohanian di dalam setiap naskhahnya.
Last Updated ( Monday, 05 July 2010 17:21 )
Read more...
Zuliana Abuas
Nama Sebenar Zuliana Abuas tapi di alam maya juga dikenali sebagai JuliaEsqa(samaran). Dilahirkan pada 2 September 1980 dan sudah berkahwin. Berasal dari Terengganu dan merupakan anak ke 4 dari 9 adik beradik. Kampung asal Pengkalan Berangan tapi kini menetap di Shah Alam selangor. Bersekolah menengah di Sekolah Pengkalan Berangan Marang Terengganu dan melanjutkan pelajaran di tingkatan enam di Sekolah Kebangsaan Tengku Lela Segara Marang Terengganu dan akhirnya berjaya menjejak kaki ke pusat pengajian tinggi juga di Terengganu iaitu KUSTEM (Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia) atau kini lebih dikenali sebagai Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Memiliki Ijazah dalam bidang ekonomi dan kini bekerja sepenuh masa di salah sebuah Syarikat swasta Oil and Gas di Selangor. Jika dulu bercita-cita mahu menjadi wartawan tapi terpaksa dilupakan sebab rezeki untuk ke arah itu tidak menjadi kini beralih arah mahu menjadi penulis sepenuh masa dan memiliki sebuah kedai buku berkonsepkan klasik. Hobi tentu sahaja membaca novel dan menonton DVD, koleksi DVD yang bertimbun-timbun sehinggakan saya boleh buka kedai menjual DVD terpakai..heh..he..he. Menggemari cerita-cerita komedi, romantic, komedi cinta, fantasi dan English klasik.
Read more...
Lily Haslina Nasir
Thursday, 15 April 2010 00:14
Administrator NBKara
Genre penulisannya bukan sekadar novel dewasa sahaja, tetapi termasuk juga novel kanak-kanak dan juga remaja. Skrip dokumentari juga adalah antara bidang yang diceburinya.Sepanjang kerjaya sebagai wartawan, beliau pernah menerima lebih daripada lima anugerah kewartawanan peringkat nasional sebagai penulis rencana terbaik. Juga sering menerima pelbagai anugerah penulisan sama ada dalam dunia kreatif juga rencana.
Last Updated ( Monday, 05 July 2010 17:23 )
Read more...
Nora Ismail
NORA BINTI ISMAIL, memang nama sebenar. Sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki berusia 4 tahun. Dilahirkan sebagai anak kedua pada 03 Disember 1977 di Kuantan Pahang. Pada usianya 4 tahun, kakak tersayang telah meninggal dunia. Kini tinggal dia lima beradik. Seorang yang aktif berpidato dan berbahas, melukis pada zaman persekolahan. Dikurniakan talipinggang hitam taekwon-do (ITF) ketika tingkatan lima di Sekolah Menengah Teknik Kuantan. Tamat SPM, mengikuti program sijil Kejuruteraan (UTM) di Kolej Mara Kulim, Kedah. Namun bertindak menukar kursus kepada Intergrasi Senibina ketika berada di kampus UTM Skudai, Johor.
Berbekalkan Diploma Senibina, beliau terus menceburkan diri dalam bidang pekerjaan kerana sudah tidak berminat untuk menyambung pelajaran. Bekerja di Castalloy Sdn Bhd bermula 16 Disember 1999 sebagai 'Designer'. Kepakaran melukis digunakan sepenuhnya mereka barangan besi (cth: railing, pintu pagar, grill, landskap, dll.) untuk golongan VIP dan projek-projek Mega. Antaranya Muzium Padi Kedah, Dewan Undangan Pulau Pinang, Gerbang Selatan, Istana Seri Menanti, N.Sembilan dan banyak lagi. Pekerjaan ini juga membolehkan beliau berurusan dengan golongan ternama sekaligus membuka mata dan memberikan pengetahuan tentang gaya hidup golongan berada di Malaysia. Semua pengalaman ini disimpan untuk dicurahkan ke dalam bidang penulisan. Pada tahun 2003, beliau mula menulis artikel misteri untuk majalah komik tempatan, APO?. Sehingga kini, sudah beratus artikel misteri ditulisnya termasuk melukis illustrasi untuk majalah kesayangannya itu.
Read more...
Zara Aluwi
Nama asal ZAHARAH BINTI ALUWI. Panggilan rakan-rakan ZARA. Berasal dari Cheras, Kajang dan bukan seorang remaja belia. ZARA ALUWI dilahirkan tanggal 1hb Mac 1955. Mendapat pendidikan paling tinggi di Tingkatan 5 di Sekolah Menengah Convent Kajang. Habis MCE bekerja di syarikat swasta. Dalam pada itu, belajar sendiri di rumah dan mengambil peperiksaan HSC secara persendirian. Tidak tercapai niat untuk memasuki hingga ke peringkat universiti kerana adik-adik ramai lagi yang masih bersekolah. Tidak ada perbelanjaan terlebih untuk menanggung pembelajaran semasa itu. Namun tidak pula menyalahkan kepada hidup kemiskinan pada ketika itu. Oleh kerana sentiasa menyedari diri, bergantung harap pada belas ehsan nenek yang membela sedari kecil. Dan... apalah sangat termampu seorang bapa tiri menanggung seorang lagi anak tiri. Sumbangan dan kasih sayang beliau amat dihargai. Tentunya sukar untuk mencari seorang bapa tiri yang bertanggungjawab, sanggup menghulurkan perbelanjaan persekolahan dan sara hidup. Terima kasih 'ayah' dan dia adalah Ramli bin Mahmud. Seorang ayah yang penyabar dan tidak pernah membeza-bezakan kasih sayang antara anak-anak.
Pada tahun 1979 mendapat tawaran berkhidmat di Jabatan Kerajaan dan berkhidmat di perpustakaan Jabatan Peguam Negara sehingga 1985. Pada 1986 berpindah ke perpustakaan Institut Penilaian Negara (INSPEN) hingga 1996. Kemudian bersara awal pada usia 40 tahun bertujuan untuk membantu perniagaan suami dalam bidang perkhidmatan makanan di Kajang. Apabila suami meninggal dunia, beliau tidak lagi berminat meneruskan perniagaan atas alasan tiada pembantu. Dalam waktu yang sama, ekonomi negara dilanda kejatuhan. Mempunyai tiga anak dewasa. Dua darinya sudah bekerja dan seorang masih lagi menuntut.
Read more...
Sarnia Yahya
Dilahirkan pada 27 Jun 1970. Berasal dari negeri yang mengeluarkan tempoyak paling banyak. Mula menulis dari kecil lagi, semasa baby lagi. Tak gurau aje….. memang minat membaca dari kecil lagi. Kalau di tahun 1970-an dahulu buku kanak-kanak amat terhad sekali, hanya kebanyakan buku yang bertajuk “Cerita rakyat-rakyat ….. itu pun sebab abah kerja Dewan Bahasa dan Pustaka.
Tak tahulah bila tetiba ingin menulis, rasanya sejak di sekolah lagi. Masa tu dalam tingkatan satu. Kakak saya suruh saya baca novel, itulah novel pertama yang saya baca ‘Badai Semalam’. Tertanya sendiri, bagaimana seseorang itu boleh menulis dan buat orang menangis dan bagaimana seseorang itu menulis boleh membuat orang ketawa. Try lagi baca buku A Samad Said, ‘Salina’ yang tak pernah khatam sampai sekarang. Ada lagi buku tu, kulit buku tu warna coklat. Berkulit tebal. Edisi pertama tu…..
Dan sesungguhnya bermulalah penulisan saya. Cuba untuk menulis cerpen pendek dan mangsa saya untuk mengomen cerita saya adalah Cikgu Fauziah (Guru Pelatih). Dan teman-teman yang rapat dengan saya. Masa tu hanya menulis di atas buku latihan sekolah aje.
Semasa menunggu keputusan SPM, saya terbaca ada sayembara di majalah Variapop. Saya pun mencuba bakat menulis, mencuri menaip di taip lama abah. Dan alhamdulilah dapatlah saguhati itulah novel saya yang pertama ‘Berakhirnya Satu Percintaan’. Novel percintaan remaja yang saya adaptasi dari persekitaran hidup saya semasa di alam persekolah.
Setahun kemudian saya mencuba nasib lagi di sayembara yang sama, dan alhamdulilah ia diterbitkan sebagai buku bertajuk ‘Rahsia Hati’. Dan bermulalah saya menulis cerpen-cerpen ke majalah Variapop. Antaranya ‘Adik’ dan banyak lagi saya pun tak ingat.
Read more...
Nurasikin Arsad
NURASIKIN BINTI ARSAD.. Dilahirkan pada 03 November 1980, di Batu Pahat tetapi dibesarkan di Felda Bukit Aping Timur, Kota Tinggi, Johor. Berada di kedudukan ke 6 daripada 8 orang adik beradik. Masih belum mempunyai anak sendiri kerana belum berkahwin tetapi sudah mempunyai 12 orang anak saudara yang sangat manja dan nakal.. Mmm.. Rasanya, tidak banyak perkara yang menarik tentang diri saya untuk dikongsi bersama tetapi apa yang saya boleh beritahu, saya seorang yang suka berangan-angan.. he he..
Angan-angan saya terlalu tinggi. Sejak kecil lagi, saya suka berangan-angan apabila mendengar lagu. Saya suka dengan lagu-lagu yang berkualiti. Maksud saya, lagu-lagu yang mempunyai lirik yang puitis dan bombastik. Penuh satu buku saya salin lagu-lagu kegemaran saya.. Saya amat tertarik dengan ciptaan-ciptaan mereka (penulis), walaupun di waktu itu, saya tidaklah terlalu faham dengan mesej yang cuba disampaikan. Saya juga sering ditegur oleh keluarga kerana kelihatan sering tersenyum senyum, berangan seorang diri.. Malu! Waktu remaja, saya amat suka mengumpul falsafah-falsafah yang sinonim dengan kehidupan seharian.. Waktu itu, di fikiran saya ialah, betapa hebatnya seseorang yang boleh mencipta falsafah dan ayat-ayat yang penuh makna tersirat kerana bagi saya, tidak semua orang boleh berfikir dan berimaginasi lain daripada fikiran manusia biasa dan menyampaikan sesuatu mesej dengan gaya bahasa yang tersendiri. Falsafah bukannya sampah.. Falsafah membentuk salasilah..
Read more...
|
|